• Pengendali Korban Yang Dipercayai
    Haiwan Korban yang memenuhi syarat ibadah
  • Jaminan 100% Pelaksanaan Ibadah
    Peserta diberi e-sijil penyertaan KORBAN!
  • Pembayaran Secara Online
    Transaksi terjamin dilengkapi SSL

Korban bermaksud : menyembelih haiwan ternakan tertentu pada 10-13 Zulhijjah (Aidiladha + 3 hari Tasyrik) dengan tujuan ber’taqarrub’ kepada Allah SWT.

‘Taqarrub’ bermaksud perbuatan atau amalan yg dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah korban adalah amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT pada Hari Raya Aidiladha & sunnah yang hampir tidak pernah ditinggalkan oleh semua para sahabat & salafussoleh.

Ibadah Korban yang PALING BAIK DAN AFDHAL ialah dengan melakukan SEMBELIHAN & AGIHAN di TEMPAT SENDIRI

Adapun jika tidak berkemampuan untuk melakukan secara sendirian, janganlah ibadah ini ditinggalkan secara terus kerana kita akan merasa rugi atas peluang setahun sekali yang Allah SWT berikan ini. Allah SWT memberi peluang sehingga 4 hari untuk melaksanakan ibadah korban tanda kita semua tiada alasan untuk meninggalkannya.

Pilih Pakej & TEMPAH SEKARANG!

Portal COOPQURBAN diuruskan oleh Konsortium Koperasi Kariah Masjid Malaysia Berhad atau KONSORMAS.

KONSORMAS merupakan gabungan Koperasi Kariah Masjid seluruh Malaysia yang ditubuhkan secara berpusat di ANGKASA. Sehingga tahun 2020, sebanyak 465 buah Koperasi Kariah Masjid telah berdaftar dan bernaung dibawah KONSORMAS.

Pada tahun 2019, KONSORMAS menguruskan pembekalan 490 ekor lembu untuk ibadah korban ke kariah masjid terlibat melalui 11 buah koperasi yang menjalankan fungsi fidlot.

WhatsApp chat